fb fb fb fb fb

AS hantar lebih 41,000 pek makanan ke Gaza

Foto FB U.S. Central Command

GAZA, 10 Mac- Tentera Amerika Syarikat (AS) menghantar lebih 41,000 pek makanan ke Gaza pada Sabtu menerusi operasi kelima Washington pada bulan ini untuk menyampaikan bantuan diperlukan rakyat negara itu.

Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata Israel telah menyekat bantuan melalui darat, menyebabkan AS dan negara-negara lain beralih kepada penghantaran bantuan menerusi udara, selain merancang untuk penghantaran menerusi laut.

"Sebuah pesawat tentera AS menjatuhkan lebih 41,400 pek makanan bersama-sama 23,000 botol air ke utara Gaza, kawasan yang sangat memerlukan, membolehkan orang awam menerima bantuan itu," menurut kenyataan itu.

Gaza telah menghadapi pengeboman tanpa henti oleh Israel sejak 7 Oktober lalu sehingga menyebabkan lebih 30,800 rakyat Palestin terkorban kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM