GAZA, 24 Januari - Pihak antarabangsa sedang berusaha memastikan gencatan senjata sementara selama sebulan di Gaza.
Ini dengan mengekalkan perjanjian pada sebelum ini untuk membebaskan tahanan sama ada di pihak Israel dan Palestin
Reuters melaporkan, White House giat mengadakan perbincangan mengenai konflik tersebut menerusi utusan khasnya.
Menurut sumber, Qatar, Amerika dan Mesir sedang mengadakan rundingan diplomatik sejak 28 Disember lalu.
Pada Isnin (22 Jan), jumlah kematian askar Israel dilaporkan yang tertinggi sejak tercetusnya konflik itu pada 7 Oktober lalu.
Sebanyak 24 kematian dicatatkan dalam dua insiden berasingan.
Jurucakap pemerintah Israel, Eylon Levy berkata bahawa gencatan senjata tidak akan berlaku.
Para pegawai kesihatan Palestin pula menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 195 rakyat Palestin terkorban bgi tempoh 24 jam lalu.
Ini sekali gus menjadikan angka korban di Gaza meningkat kepada 25,490 orang manakala ribuan lagi dikhuatiri maut disebalik runtuhan bangunan yang dibom oleh Israel. - REUTERS