fb fb fb fb fb

Armenia-Azerbaijan bincang lanjut perjanjian damai Nagorno-Karabakh

(Presiden Majlis Eropah, Charles Michel (kiri)/Fail AFP)

BRUSSELS, 23 Mei- Pemimpin dua negara yang bermusuhan, Azerbaijan dan Armenia mencapai kata sepakat untuk mengadakan “perbincangan lanjut” berhubung perjanjian damai di wilayah bergolak itu yang mencetuskan kembali perang pada 2020.

Menurut Presiden Majlis Eropah, kata putus itu dicapai dalam pertemuaan di Brussels pada Ahad.

Konflik antara Azerbaijan dan Armenia berpunca daripada perebutan wilayah Nagorno-Karabakh yang terletak di antara kedua-dua negara itu, manakala penduduknya pula berlainan agama.

Nagorno-Karabakh adalah sebuah wilayah bergunung yang terletak di selatan Qoqaz, dahulunya berada bawah Soviet Union.

Konflik yang tercetus seabad lalu, memuncak semula pada September 2020 seterusnya mencetuskan perang sehingga meragut lebih 6,500 nyawa dalam tempoh hanya enam minggu.

Konflik berjaya dihentikan selepas Rusia bertindak sebagai orang tengah menyaksikan Armenia menyerahkan sebahagian besar wilayah dikuasainya selama beberapa dekad.

Bagaimanapun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, demontsrasi tercetus di ibu negara Armenia, Yerevan bagi membantah cara Presiden Nikol Pashinyan menangani kopnflik, selepas Pashinyan memulakan rundingan damai dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev bulan lalu.

Menurut Presiden Majlis Eropah, Charles Michel ke dua-dua pemimpin telah mengadakan perbincangan secara “berterus-terang dan produktif” satu inisiatif yang dikemudi EU di Brussels.

“Para pemimpin bersejutu mengadakan perbincangan susulan mengenai masa depan perjanjian damai seterusnya mengawal hubungan antara negara; hubungan Armenia-Azerbaijan, kata kenyataan Michel.

Katanya, proses itu akan bermula “minggu akan datang” dan telah menggesa ke dua-dua pemimpin bahawa "hak dan keselamatan penduduk etnik Armenia di Karabakh perlu bersama-sama ditangani”.


(Polis Armenia menahan penyokong pembangkang dalam prostes antikerajaan
di ibu negara Yerevan, pada 18 Mei 2022/AFP)

Selain itu satu Mesyuarat Suruhanjaya Sempadan juga akan diadakan dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi menangani isu persempadanan semula sempadan juga mencari "cara terbaik untuk menstabilkan keadaan semasa”.

Para pemimpin juga bersetuju bahawa jaringan pengangkutan tidak lagi perlu disekat.

Pashinyan yang kini berdepan tekanan rakyat agar meletakkan jawatan – ketika ini telah membuat persediaan untuk proses rundingan mengenai normalisasi hubungan antara kedua-dua negara selain isu kemanusiaan serta penyelesaian konflik Nagorno Karabakh", kata kenyataan dari pejabat presiden itu.

Manakala Pejabat Aliyev pula menyebut presiden "menyatakan harapan supaya proses merangka perjanjian damai antara kedua-dua negara dapat disegerakan".

“EU turut mengatur satu lagi pertemuan antara Aliyev dan Pashinyan iaitu pada Julai atau Ogos akan dating,” kata Michel. –AFP

Media Baharu