fb fb fb fb fb

Arab Saudi umum bantuan kemanusiaan AS$400 juta kepada Ukraine

(Foto fail/AFP)

RIYADH, 15 Oktober- Arab Saudi mengumumkan bantuan kemanusiaan berjumlah AS$400 juta kepada Ukraine.

Bantuan itu dijanjikan Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang menghubungi Presiden Volodymyr Zelensky menerusi panggilan telefon.

Menurut agensi berita SPA, bantuan tersebut mencerminkan pendirian Riyadh yang menyokong segala usaha mengurangkan ketegangan antara Moscow dengan Kiev serta kesediaan Riyadh untuk terus menjadi perantara.


(Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman/AFP)

Bulan lalu, Arab Saudi memainkan peranan yang tidak dijangka dalam memudahkan pertukaran tawanan perang antara Moscow dan Kiev.

Perang di Ukraine, bagaimanapun mencetuskan ketegangan antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat selepas kerajaan itu sebahagian besarnya menentang tekanan untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi meredakan krisis tenaga akibat konflik itu.

Kerajaan itu mendapat kritikan dari Washington selepas kumpulan pengeksport minyak OPEC yang diketuai Arab Saudi bersetuju dengan pengurangan pengeluaran drastik kepada Rusia dan negara sekutu lain yang boleh menyebabkan harga tenaga melonjak lebih tinggi.

Washington menuduh Opec+ melakukan penyelarasan dengan Moscow dan pada Rabu lalu, Presiden Joe Biden mengancam mengenai 'akibat' tindakan Arab Saudi tersebut.-AFP

Media Baharu