fb fb fb fb fb

AS umum bantuan ketenteraan tambahan AS$725 juta kepada Ukraine

(Bangunan yang musnah akibat serangan peluru berpandu
di Konstantinovka, wilayah timur Donetsk/AFP)

WASHINGTON, 15 Oktober- Amerika Syarikat (AS) akan menghantar bantuan ketenteraan tambahan bernilai AS$725 juta ke Ukraine.

Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan, pakej terbaharu itu termasuk lebih banyak roket untuk sistem HIMARS.

Ia menjadikan jumlah bantuan ketenteraan Amerika ke Ukraine meningkat kepada AS$18.3 bilion sejak permulaan pentadbiran Presiden Joe Biden.

Bantuan itu juga termasuk senjata antikereta kebal, peluru berpandu antiradiasi, kenderaan dan bekalan perubatan.

"Bantuan itu datang ekoran serangan peluru berpandu kejam Rusia ke atas orang awam di seluruh Ukraine," dan "bukti yang semakin banyak tentang kekejaman oleh tentera Rusia," kata Setiausaha Negara AS Antony Blinken dalam satu kenyataan.

"Kami akan terus berdiri bersama rakyat Ukraine kerana mereka mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan mereka dengan keberanian yang luar biasa dan keazaman yang tidak terbatas," kata Blinken.- AFP


(Bantuan peralatan ketenteraan Amerika Syarikat kepada Ukraine
pada Februari lalu/Foto fail/REUTERS) 

Media Baharu