fb fb fb fb fb

Arab Saudi sedia terima dua juta jemaah bagi musim haji 2023

FOTO AFP

RIYADH, 26 Januari- Menjelang musim haji 2023, kerajaan Arab Saudi memaklumkan telah membuat persiapan rapi untuk menerima dua juta jemaah haji tahun ini.

Saudi Gazette melaporkan, jumlah itu didedahkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah semasa melakukan lawatan rasmi ke Algeria baru-baru ini.

Beliau juga menekankan, kementeriannya dan semua agensi berkaitan haji dan umrah di Saudi akan berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah.

Arab Saudi sebelum ini mengumumkan jumlah jemaah haji tahun ini, sama seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Terdahulu, Malaysia menerima kuota haji untuk penghantaran seramai 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi, tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi, pada 9 Januari lalu.

Pada mesyuarat itu Dr Tawfiq Fawzan juga memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dijadikan contoh kepada pihak lain.


(FOTO AFP)

Media Baharu