fb fb fb fb fb

Arab Saudi sambut baik pengumuman kematian pemimpin Al-Qaeda

(Presiden AS Joe Biden ketika mengumumkan kematian Ayman al-Zawahiri
di White House pada 1 Ogos 2022/AFP)

RIYADH, 2 Ogos- Arab Saudi mengalu-alukan pengumuman Amerika Syarikat (AS) bahawa Ketua Al-Qaeda, al-Zawahiri dibunuh, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Selasa.  

“Kerajaan Arab Saudi menyambut baik pengumuman Presiden AS Joe Biden berhubung pembunuhan pemimpin kanan Al-Qaeda Ayman Al-Zawahiri," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Biden mengumumkan bahawa AS telah berjaya membunuh Zawahari, salah seorang pemimpin yang dilabel pengganas paling dikehendaki di dunia dan merupakan antara perancang utama serangan 11 September 2001 dalam serangan dron di Kabul.

Kementerian Luar Arab Saudi menyifatkan, “Zawahiri dianggap salah seorang pemimpin pengganas yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan operasi di Amerika Syarikat, Arab Saudi dan beberapa negara lain di dunia. 

“Ribuan orang yang tidak bersalah daripada pelbagai bangsa dan agama termasuk warga Arab Saudi, telah dibunuh,” tulis kenyataan itu.

“Kerajaan Arab Saudi menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama dan usaha bersepadu antarabangsa untuk memerangi dan menangani keganasan, menyeru semua negara bekerjasama dalam melindungi orang yang tidak bersalah daripada organisasi pengganas."

Zawahiri yang dilahirkan di Mesir juga pakar bedah mengambil alih kepimpinan Al-Qaeda selepas pemimpin utama organisasi itu, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi pasukan khas AS di Pakistan pada 2011.

Ganjaran sebanyak AS$25 juta turut ditawarkan kepada sesiapa yang membantu penahanan pemimpin itu. Serangan pada September 2001 di AS telah mengorbankan hampir 3,000 mangsa. -AFP

Berita berkaitan
Zawahiri mati: Adakah AS guna peluru berpandu rahsia “ginsu terbang”?


(Ketua Al-Qaeda Ayman al-Zawahiri/AFP)

Media Baharu