fb fb fb fb fb

Arab Saudi benarkan pemegang visa pelancong dan komersil tunaikan umrah

(FOTO FAIL)

RIYADH, 13 Ogos - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan umat Islam yang memperoleh visa pelancong dan visa komersial kini dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Makkah semasa berada di negara itu.

Menurut badan pengendali itu, kemudahan itu tersedia untuk warga 49 buah negara di seluruh dunia yang mana mereka boleh mendapatkan visa secara dalam talian menerusi portal 'Visit Saudi Arabia' atau sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Saudi.

Peraturan baharu itu membolehkan pemegang visa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) yang beragama Islam menunaikan ibadah terbabit sempena Tahun Baru 1444 Hijrah.

(FOTO FAIL)

Ia juga bertujuan untuk membolehkan umat Islam menunaikan umrah dengan mudah di negara berkenaan.

Sistem baharu itu juga membenarkan umat Islam yang memperoleh visa pelancong sah untuk tempoh 12 bulan mengerjakan umrah.

Pemohon visa hendaklah dari negara-negara termasuk dalam kalangan negara yang layak untuk mendapatkan visa elektronik.

Pemegang visa lawatan keluarga dari negara yang berbeza juga boleh menunaikan umrah dengan menempah janji temu melalui aplikasi Eatmarna melalui saudara mereka semasa lawatan ke Arab Saudi dengan memohon melalui National Unified Visa Platform atau Platform Visa Bersepadu Nasional.-AFP

Media Baharu