fb fb fb fb fb

Salman Rushdie cedera akibat diserang dan ditikam

(Salman Rushdie/ AFP)

NEW YORK, 13 Ogos - Pengarang British, Salman Rushdie yang menghadapi ancaman mati selama lebih 30 tahun setelah menulis novel kontroversi, The Satanic Verses, cedera diserang dan ditikam di atas pentas.

Kejadian berlaku ketika berlangsungnya sebuah acara kesusasteraan di Institusi Chautauqua, New York.

Menurut saksi, dia ditikam sebanyak sepuluh hingga lima belas kali.

(Salman Rushdie dimasukkan ke dalam helikopter untuk dikejarkan ke hospital selepas ditikam
di leher oleh seorang penyerang di atas pentas di Institusi Chautauqua, New York/ AFP)

Polis mengesahkan, Rushdie mengalami luka tikaman di leher setelah seorang suspek lelaki yang bertopeng menyerbu pentas sebelum menyerangnya dan seorang penemu duga.

Penyerang berjaya diberkas.

Manakala novelis itu dikejarkan dengan helikopter ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan. -AFP

Media Baharu