fb fb fb fb fb

Republik Czech cadang EU gantung visa kepada pengembara Rusia

MOSCOW, 12 Ogos - Republik Czech yang mengisi giliran kerusi presiden Kesatuan Eropah (EU) mengesyorkan kesatuan agar menggantung visa secara keseluruhan kepada pengembara Rusia.

Sekiranya pekara itu dipersetujui, ia akan menjadi sekatan ketujuh dikenakan E-U kepada Moscow.

Menteri Luar Republik Czech, Jan Lipavsky menerusi kenyataan menggesa semua negara berbuat demikian.

Menurutnya penggantungan secara penuh merupakan sekatan yang berkesan.

(FOTO AFP)

Cadangan itu akan dikemuka beliau dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar EU di Prague pada hujung bulan ini.

Republik Czech menghentikan pengeluaran visa biasa kepada rakyat Rusia sehari selepas pencerobohan ke atas Ukraine.

Namun rakyat negara itu masih boleh ke Eropah menerusi Finland.

Mereka juga bebas ke mana sahaja sebaik masuk ke zon bebas visa Schengen. - AFP

Media Baharu