fb fb fb fb fb

China kembali catat kes tertinggi dalam tempoh 3 bulan

CHINA, 12 Ogos - China merekodkan kes tertinggi jangkitan COVID-19 dalam tempoh tiga bulan pada kelmarin.

Menurut sumber, tempat tumpuan pelancong Pulau Hainan menjadi lokasi paling serius dengan sebanyak 1,993 kes dicatatkan.

Ia merupakan kali pertama jumlah kes harian di mana-mana wilayah atau bandar di China, melebihi 1,000 kes sejak Mei lalu.

Peningkatan kes yang pantas menimbulkan persoalan terhadap sasaran kerajaan untuk mencapai sifar jangkitan dalam komuniti.

Hampir keseluruhan pulau itu dikenakan perintah berkurung dengan penduduk bergelut mendapatkan barangan keperluan asas termasuk pelancong yang terkandas.

Sementara itu, pihak berkuasa Sanya meningkatkan langkah kawalan semalam dan meminta pekerja patuh pada arahan bekerja dari rumah sebagai mekanisme jangka pendek mengawal penularan.

(FOTO AFP)

Dalam pada itu, Beijing memberi amaran tentang kemungkinan kebangkitan semula jangkitan CCOVID-19 di negara-negara jiran.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Mi Feng, berkata sembilan daerah di peringkat wilayah di China masing-masing telah melaporkan lebih 100 kes COVID-19 sejak Ogos.

Keadaan semakin memburuk selepas jangkitan dikesan pantas menular.

Justeru, terdapat kemungkinan tinggi ia akan merebak dengan tempo sama ke negara jiran.- AFP

Media Baharu