fb fb fb fb fb

Anthony Albanese angkat sumpah jawatan PM Australia

(FOTO AFP)

CANBERRA, 23 Mei - Anthony Albanese hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Australia, beberapa jam sebelum berlepas menghadiri sidang kemuncak antarabangsa di Tokyo.

Perdana menteri berusia 59 tahun itu mengangkat sumpah pada majlis ringkas yang berlangsung di Rumah Kerajaan, Canberra.

(Perdana Menteri baharu Australia Anthony Albanese (kiri) mengangkat sumpah di hadapan Gabenor
Jeneral Australia David Hurley (kanan) di Rumah Kerajaan di Canberra / FOTO AFP)

Albanese, berkata beliau dan Australia bersedia untuk membabitkan diri dengan dunia mengenai perubahan iklim dan akan menyertai sidang kemuncak esok di Tokyo dengan pemimpin Amerika Syarikat, Jepun dan India, yang dikenali sebagai Quad.

Sidang kemuncak Quad selama dua hari yang bermula Esok itu merupakan tugas rasmi pertama beliau selepas memenangi Pilihan Raya Umum.-AFP

Media Baharu