fb fb fb fb fb

Angka korban penduduk Gaza meningkat kepada 34,305 orang

Kepulan asap di Gaza dalam konflik berterusan Israel-Palestin/AFP

GAZA, 23 April- Sekurang-kurangnya 34,305 penduduk Gaza terbunuh sehingga kini akibat konflik Israel-Palestin dalam tempoh lebih enam bulan.

Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas menerusi kenyataan berkata jumlah tersebut temasuk 43 kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Tambahnya, seramai 77,293 orang dilaporkan cedera di Gaza sejak konflik bermula, Oktober lalu. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.

Sementara itu, berpuluh-puluh orang ditahan di kampus Universiti California Selatan (UCS) Los Angeles kerana menceroboh.

Tahanan dibuat selepas bantahan besar-besaran golongan pro-Palestin dibuat pelajar universiti bermula di Universiti Columbia di New York, minggu ini.

Tunjuk perasaan itu adalah antara yang terbaru membabitkan konfrontasi antara penguatkuasa undang-undang dengan pelajar.

Demonstrasi itu dibuat sebagai bantahan terhadap jumlah kematian yang semakin meningkat dalam perang Israel dengan Hamas.-AFP

ROSLINA BINTI DIN