fb fb fb fb fb

Angka korban penduduk Gaza melebihi 40,000 orang

Foto AFP

GENEVA, Khamis, 15 Ogos- Angka korban penduduk Gaza kini melebihi 40,000 orang.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk menggesa agar pembunuhan itu dihentikan untuk selama-lamanya dan pembebasan semua tahanan.

“Kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.

"Situasi yang tidak dapat dibayangkan ini adalah disebabkan oleh kegagalan berulang oleh Angkatan Pertahanan Israel untuk mematuhi peraturan perang,” katanya dalam satu kenyataan.

“Secara purata, kira-kira 130 orang telah terbunuh setiap hari di Gaza sejak 10 bulan lalu", katanya merujuk kepada anggaran data daripada pihak berkuasa kesihatan wilayah itu.

Beliau menyifatkan skala kemusnahan rumah, hospital, sekolah dan tempat ibadat adalah sangat mengejutkan.

ROSLINA BINTI DIN