fb fb fb fb fb

Angka korban kekejaman Israel di Gaza lepasi 67,000

Foto AFP

GAZA, 8 Oktober - Genap dua tahun kekejaman Israel ke atas Gaza, angka korban melepai 67,000.

Data dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Gaza menunjukkan 67,173 rakyat Palestin termasuk 20,179 kanak-kanak terkorban.

Selain, 10,427 wanita dan 4,813 warga emas.

Ini adalah kali pertama pihak berkuasa mengeluarkan jumlah keseluruhan yang dipecahkan mengikut umur dan jantina.

Namun, statistik sahaja tidak dapat mengungkapkan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

Sebaliknya, menunjukkan skala malapetaka di wilayah padat dengan penduduk yang digempur setiap hari oleh tentera zionis.

Sebelum konflik 7 Oktober 2023, populasi Gaza dianggarkan 2.3 juta orang.

Secara kasarnya, ini bermakna satu daripada setiap 33 penduduk atau 3% telah terbunuh.

Dengan rekod lebih 20,000 kanak-kanak yang maut, secara purata 28 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari sejak dua tahun lepas.

Pihak berkuasa juga melaporkan lebih 169,000 kecederaan, bersamaan dengan kira-kira satu dalam setiap 14 penduduk.

Penilaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang dikeluarkan pada 2 Oktober mendapati hampir 42,000 orang di Gaza hidup dengan kecederaan yang mengubah kehidupan mereka.

Kanak-kanak menyumbang kira-kira satu perempat daripada mereka. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN