fb fb fb fb fb

Angka korban Gaza meningkat 33,482

Foto FB WAFA

GAZA, 11 April- Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel terhadap Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 33,482 setakat Rabu.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber perubatan mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 76,049 yang lain turut cedera dalam serangan itu.

Sekurang-kurangnya 122 orang terbunuh manakala 56 yang lain cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam lalu.

Sementara itu, ribuan rakyat Gaza masih tidak dapat dikesan dan dikhuatiri mati di bawah runtuhan bangunan yang musnah atau di kawasan lain kerana pasukan penjajah Israel terus menghalang pasukan perubatan daripada menyelamatkan kesemua mangsa terbabit.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM