fb fb fb fb fb

Lima orang terbunuh dalam serangan baharu Israel

Foto WAFA

GAZA, 11 April- Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh manakala yang lain cedera selepas pesawat Israel mengebom sebuah kenderaan di Kem Pantai, barat Gaza, semalam.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), pasukan tempatan memberitahu majoriti mangsa terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.

Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel terhadap Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 33,482 orang, manakala 76,049 yang lain turut cedera dalam serangan itu.

Sekurang-kurangnya 122 orang terbunuh manakala 56 yang lain cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam lalu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM