fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza terus meningkat

Foto Reuters

GAZA, 29 September- Jumlah korban rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 66,005 orang.

Menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad, seramai 168,162 lagi dilapor cedera.

Tambah kenyataan itu, dalam tempoh 24 jam lalu, serangan Israel meragut 79 nyawa dan mencederakan 379 orang di Gaza.

Menurut pihak berkuasa pertahanan awam Gaza, sekurang-kurangnya 48 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza pada Sabtu, ketika tentera Israel terus memperluas operasi ketenteraan di beberapa kawasan kejiranan di Bandar Gaza. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM