fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza meningkat kepada 33,797 orang

FOTO AFP

GAZA, 15 April- Kementerian kesihatan di Gaza berkata setakat hari ini sekurang-kurangnya 33,797 orang telah terbunuh di wilayah itu selama lebih enam bulan selepas diserang Zionis.

Kementerian itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, jumlah korban termasuk sekurang-kurangnya 68 kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sementara itu 76,465 orang dilaporkan cedera di Semenanjung Gaza sejak perang bermula,Oktober lalu.

Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE