fb fb fb fb fb

Angka korban di Gaza melepasi 28,000 mangsa

Foto AFP

GAZA, 15 Februari- Angka korban di bumi Gaza, Palestin kini melepasi 28,000 mangsa.

Menurut portal Al-Jazeera, sekurang-kurangnya 28,663 rakyat Palestin terkorban dibunuh tentera Zionis, sejak perang Hamas-Israel tercetus.

Kementerian kesihatan Gaza memaklumkan bahawa seramai 87 orang maut dalam tempoh 24 jam.

Peperangan itu juga telah mengakibatkan 68,395 cedera.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden melindungi warga Palestin di negara itu daripada diusir selama 18 bulan.

Biden menandatangani arahan menyatakan rakyat Palestin tidak dihantar pulang susulan konflik berterusan di Semenanjung Gaza.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM