fb fb fb fb fb

Angka kematian rakyat Palestin meningkat 35,562

Foto AFP

GAZA, 21 Mei- Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel terhadap Gaza telah meningkat kepada 35,562 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan berkenaan turut menyebabkan lebih 79,000 rakyat Palestin mengalami kecederaan sejak konflik Israel-Hamas tercetus Oktober lalu.

"Tentera Israel juga telah membunuh 106 rakyat Palestin dan mencederakan 176 yang lain dalam tempoh 24 jam lalu,"menurut kenyataan itu.

Tambahnya, kakitangan kecemasan perubatan dan pertahanan awam menghadapi cabaran ketika menjalankan operasi menyelamat, disebabkan kebanyakan mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Serangan udara Israel telah menyasarkan kira-kira 80 kawasan di Gaza. - REUTERS

Artikel Berkaitan:
Penduduk Gaza nekad bina semula kehidupan meski rumah musnah dibedil Israel
KHOM sasar 'airdrop' 1,000 kotak makanan ke utara Gaza
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM