fb fb fb fb fb

Empat ahli kumpulan Hezbollah terkorban di Lubnan

Foto Fail

BEIRUT, 21 Mei- Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk empat ahli kumpulan Hezbollah terbunuh dalam serangan terbaharu Israel, semalam.

Sumber terdekat Hezbollah memberitahu AFP bahawa empat ahli kumpulan itu terbunuh di Naqura dan Mais al-Jabal, selatan Lubnan.

"Keempat-empat mangsa terkorban di kawasan pantai di Naqura dan sebuah perkampungan di sempadan dikenali Mais al-Jabal," katanya kepada AFP.

Sementara menurut Agensi Berita Nasional (NNA) Lubnan, Israel telah melepaskan tembakan dan mencederakan orang awam di kedua-dua kawasan tersebut.

Seorang lagi ahli kumpulan Hezbollah terkorban dalam serangan Israel di negara jiran, Syria. - AFP

 

 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM