fb fb fb fb fb

Penduduk Gaza nekad bina semula kehidupan meski rumah musnah dibedil Israel

Rakyat Palestin rela mati daripada tinggalkan Gaza/Foto REUTERS

GAZA, 19 Mei - Selepas hampir lima bulan berpindah dari Khan Younis ke Rafah, keluarga Omran kembali ke rumah mereka semula yang musnah dalam serangan Israel.

Sahar Omran, ibu kepada empat orang anak, dan 27 ahli keluarga lain tinggal di khemah terletak di Rafah.

Mereka terpaksa meninggalkan kediaman mereka ketika Zionist Israel meneruskan operasi ketenteraannya di selatan bandar itu.

"Saya kini berada di rumah keluarga saya, meskipun rumah saya musnah dalam serangan Israel dan tidak mempunyai dinding.

"Tetapi saya selesa untuk duduk di rumah ini. Ini adalah rumah saya, tempat saya dilahirkan. Tiada perasaan yang lebih baik apabila berada di rumah sendiri.

"Walaupun rumah kami musnah tidak mempunyai sebarang perabot ketika kami kembali ke sini.

"Selepas sekian lama saya berjuang di Rafah, berjauhan daripada rumah kami selama hampir lima bulan.

"Saya pula kehilangan suami, kami banyak menderita. Walauapapun yang berlaku, penderitaan yang dialami dengan kemusnahan di depan mata, kami tetap berasa selamat berada di rumah sendiri.

"Kami akan kembali, kami akan membina semula kehidupan kami di sini. Insya-Allah, kami berharap kami akan hidup dalam keadaan selamat dan aman damai," katanya.

1905 OMRANSahar Omran, ibu kepada empat orang anak berikrar tidak akan meninggalkan tempat kelahirannya dan nekad membina semula kehidupan di Khan Younis/Tangkap Layar REUTERS

Sahar, yang kehilangan suaminya berjanji untuk membina semula rumahnya di Khan Younis yang disertai oleh bapanya Majid Omran, 62, dan abangnya Saed.

Majid berkata, keluarganya dan mereka perlu berjalan kaki lebih daripada lima kilometer untuk mendapatkan makanan asas.

Israel terus membedil bandar Rafah di selatan Gaza dan bertempur dengan pejuang Palestin.

Penduduk berkata pengeboman Israel dari udara dan darat berterusan sepanjang malam hingga pagi semalam.

Akibat serangan Israel, penduduk Palestin di Gaza menghadapi "krisis kemanusiaan terburuk" dalam lebih dari 50 tahun.

Hampir sejuta atau 800,000 rakyat Palestin dipindahkan dari Rafah sejak Israel melancarkan serangan ke atas bandar Gaza selatan minggu lalu. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN