ITALI, 19 Mei - Sebagai negara tertua di Kesatuan Eropah, yang mana satu daripada empat penduduknya berusia lebih 65 tahun ke atas.
Maka tidak hairanlah bahawa Itali adalah rumah kepada pelari pecut wanita berusia 90 tahun yang terpantas di dunia.
Emma Maria Mazzenga meraih satu lagi rekod dunia dalam kumpulan umurnya pada bulan ini apabila dia berlari sejauh 200 meter dalam masa 51.47 saat.
Mazzenga dilahirkan pada 1 Ogos 1933, merupakan salah seorang bintang olahraga Itali yang kini memegang lima rekod dunia, sembilan rekod Eropah dan 28 peserta terbaik Itali dalam pelbagai kategori acara pecut Masters.
"Saya sangat gembira dan berpuas hati, dan juga sedikit terkejut kerana saya tidak menyangka yang saya pergi begitu pantas," kata Mazzenga dengan sederhana selepas larian pecah rekod pada 5 Mei.
Mazzenga mengalahkan rekod sebelumnya 53.35 saat yang diungguli oleh Emiko Saito dari Jepun pada 2022.
Seperti atlet-atlet lain, Mazzenga mempunyai rutin untuk persiapan perlumbaannya. Dia tidak pernah memakai kasut yang sama untuk latihan.
Menurut Mazzengga, memulakan kerjaya lariannya sebagai atlet Masters pada usia 53 tahun telah menjadi keselesaan buat dirinya pada tahun berikutnya.
Dia akui dengan berlari juga dia dikelilingi orang ramai dan tidak pernah merasa bersendirian.
Komitmen yang seterusnya adalah mengikuti kejohanan Itali bermula pada bulan Jun depan. - REUTERS