SIHANOUKVILLE, 19 Mei - Dua kapal perang China yang berlabuh di Kemboja hari ini merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan bersama.
Duta Beijing menyifatkan persahabatan 'kuku besi' itu sebagai latihan ketenteraan terbesar yang pernah dilakukan bersama negara Asia Tenggara.
Kapal latihan Qijiguang dan kapal perang amfibia Jinggangshan berlabuh di Sihanoukville sebahagian daripada latihan darat dan laut selama 15 hari.
Latihan ketenteraan itu membabitkan 760 anggota tentera China bersama-sama sekitar 1,300 kapal Kemboja dan 11 kapal Kemboja.
Semasa menghampiri pelabuhan, Qijiguang dilihat membawa sepanduk bertulis "Membawa keamanan dan persahabatan untuk bertemu kawan baik".
Duta China berkata kepada pemberita bahawa mereka adalah ''kawan kuku besi'.
Kemboja sekian lama menjadi sekutu setia China dan menerima pelaburan berbilion dolar.
Keakraban itu menyebabkan Washington semakin bimbang dengan Beijing.
Beijing menggunakan pangkalan tentera laut Kemboja yang sedang dinaik taraf di Teluk Thailand untuk meluaskan pengaruhnya di rantau itu.
Kerjasama ketenteraan China-Kemboja adalah kondusif untuk keselamatan kedua-dua negara dan keselamatan rantau ini.
Pada latihan yang bermula pada Khamis itu, tentera China mempamerkan aset ketenteraannya yang dipanggil "robodog" iaitu robot berkaki empat dengan kawalan jarak jauh.
Di belakang robot tersebut dipasang senapang automatik.
Latihan itu susulan lawatan tiga hari oleh diplomat tertinggi China, Wang Yi ke Kemboja pada April untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara. - AFP