fb fb fb fb fb

Angka kematian di Gaza meningkat, ragut 38,919 nyawa

Foto Reuters

GAZA, 21 Julai- Kekejaman Zionis berterusan itu menjadikan sekurang-kurangnya 38,919 orang terbunuh dalam perang antara Israel dan pejuang Palestin.

71 kematian berlaku dalam tempoh 48 jam lalu dan hampir 90, orang cedera di Semenanjung Gaza.

Sementara itu, zionis terus berdegil apabila tentera Israel mengebom bahagian tengah Gaza, Jumaat lalu.

Walaupun Mahkamah Antarabangsa (ICJ) telah membuat keputusan, negara haram itu kekal dengan tindakan tidak berperikemanusiaannya, memusnahkan tanah Palestin.

Sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin di kawasan kem Al-Nuseirat, terkorban.

Penduduk berkata, tentera Israel meletupkan puluhan rumah di lokasi berkenaan dalam tempoh tiga hari lalu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM