GAZA, 20 September – Kementerian Kesihatan Gaza pada Jumaat memaklumkan bahawa jumlah kematian rakyat Palestin akibat konflik Hamas-Israel sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 65,174 orang, manakala 166,071 lagi cedera.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, hospital di seluruh wilayah menerima 33 mayat serta 146 mangsa yang cedera.
Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melaporkan Divisyen ke-162 sedang memperluaskan operasi darat di Bandar Gaza dengan menggunakan tembakan kereta kebal, dron bersenjata dan serangan udara untuk menyasarkan anggota bersenjata serta infrastruktur.
IDF turut mendakwa berjaya membunuh seorang pegawai kanan perisikan Hamas, Mahmoud Abu al-Khir, dalam serangan udara di utara Gaza. Pegawai itu dikatakan terlibat dalam perancangan serangan terhadap Israel. -REUTERS