fb fb fb fb fb

Trump, Xi capai kemajuan rundingan TikTok

Foto REUTERS

WASHINGTON, 20 September - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata pihaknya dan Presiden China, Xi Jinping, telah mencapai kemajuan dalam rundingan berkaitan TikTok dan akan bertemu secara bersemuka dalam tempoh enam minggu di Korea Selatan.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengadakan rundingan lanjut di sidang Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang bermula 31 Oktober di Gyeongju, Korea Selatan.

“Beliau meluluskan rundingan TikTok,” kata Trump kepada wartawan di sini sambil menambah mungkin masih ada “formaliti” untuk menandatangani persetujuan itu.

“Rundingan TikTok kini dalam perjalanan yang baik", ujar Trump.

Kelulusan akhir Beijing terhadap rangka persetujuan yang dicapai minggu ini merupakan salah satu cabaran yang perlu diselesaikan Trump bagi memastikan TikTok kekal beroperasi.

Kongres Amerika Syarikat sebelum ini mengarahkan aplikasi itu ditutup untuk pengguna AS menjelang Januari 2025 jika aset TikTok di AS tidak dijual oleh pemilik China, ByteDance.

Kenyataan China tidak menyebut sebarang persetujuan rasmi mengenai TikTok. Trump sebelum ini beberapa kali memberi isyarat bahawa rundingan mungkin akan berjaya. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD