KYIV, 20 September – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mengumumkan bahawa negaranya akan membentangkan satu strategi khusus berkaitan eksport senjata pandu arah dalam tempoh dua minggu lagi.
Dalam ucapan videonya, Zelenskiy berkata program eksport itu akan membantu meningkatkan pengeluaran serta menyediakan dana bagi pembangunan dron yang diperlukan di barisan hadapan dalam perang yang telah berlarutan lebih tiga setengah tahun menentang Rusia.
Beliau menambah, kawalan eksport akan turut diperkenalkan bagi memastikan program itu berjalan dengan teratur, sambil menekankan Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lain sebagai bakal pembeli utama. -REUTERS