fb fb fb fb fb

Angka kematian di Gaza hampiri 62,000

Foto REUTERS

GAZA, 18 Ogos - Jumlah kematian dalam kalangan penduduk Palestin di Gaza meningkat kepada 61,944 orang, manakala 155,886 cedera sejak konflik antara Hamas dengan Israel meletus pada Oktober 2023.

Kenyataan pihak berkuasa kesihatan Gaza menyebut dalam tempoh 24 jam yang lalu, serangan rejim Zionis meragut 47 lagi nyawa rakyat Palestin dan mencederakan 226 yang lain.

Mangsa termasuk 14 orang yang terkorban dan 132 orang yang cedera semasa menunggu untuk menerima bantuan kemanusiaan.

Seramai 1,938 orang terbunuh, manakala 14,420 lagi cedera sejak Yayasan Kemanusiaan Gaza yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Israel mula mengagihkan bantuan di wilayah Palestin itu pada 27 Mei. - REUTERS

MASNIZA AWANG KECHIK