fb fb fb fb fb

Angka kematian banjir lumpur di Peru meningkat kepada 17

(Foto menunjukkan kemusnahan yang akibat tanah runtuh yang disebabkan
oleh hujan lebat di Wilayah CamanĂ¡, barat Arequipa, di selatan Peru /AFP)

LIMA, 11 Februari- Pihak berkuasa Peru pada Jumaat berkata jumlah kematian akibat banjir lumpur yang dahsyat di selatan negara itu telah meningkat kepada 17, termasuk tiga kanak-kanak.

Tanah runtuh yang berlaku Ahad lalu, turut menyebabkan 27 orang cedera dan 20 lagi hilang, menurut data oleh Institut Pertahanan Awam Negara Peru (INDECI).

Institut tersebut mengumpul data hujan lebat di wilayah Arequipa Peru, di mana rumah, jalan raya, sekolah dan pusat perubatan musnah di wilayah Camana.

Kawasan berkenaan menempatkan banyak lombong, dan terbit kebimbangan mungkin ada yang terperangkap dalam lombong sementara.

Sementara itu, kanak-kanak yang meninggal dunia berumur antara satu hingga 10 tahun, kata pegawai.-AFP


(Foto menunjukkan kemusnahan yang akibat tanah runtuh yang disebabkan

oleh hujan lebat di Wilayah CamanĂ¡, barat Arequipa, di selatan Peru /AFP)

Media Baharu