fb fb fb fb fb

PBB gesa gencatan senjata di Syria untuk bantu bantuan gempa

(Gempa bumi kuat di Syria dan selatan Turkiye menyebabkan
kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa /AFP)

GENEVA, 11 Februari- Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jumaat menggesa gencatan senjata segera di Syria bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada semua mangsa gempa bumi.

“Pada tempoh yang sangat megerikan ini di Turkiye dan Syria, kami menyeru agar penghantaran segera bantuan kepada semua yang memerlukan,” kata pejabat hak asasi manusia PBB dalam hantaran di laman Twitter.

"Ketua Hak Asasi Manusia PBB Volker Turk menyeru gencatan senjata segera di Syria, dan menghormati sepenuhnya hak asasi manusia serta undang-undang kemanusiaan supaya bantuan boleh sampai kepada semua orang," tambahnya.

Seruan itu dibuat ketika pekerja penyelamat meneruskan pencarian mereka yang terselamat di dalam runtuhan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang melanda Turkiye dan Syria pada Isnin, dengan angka kematian mencecah 24,000.

Majlis keselamatan PBB akan bermesyuarat di Syria berkemungkinan awal minggu depan.

Menurut laopran, sekurang-kurangnya 3,553 orang maut di Syria.

Kawasan Syria yang dikuasai pemberontak berhampiran sempadan Turki berada dalam keadaan yang amat teruk kerana mereka tidak boleh menerima bantuan daripada bahagian Syria yang dikuasai kerajaan tanpa kebenaran Damsyik.

Pada masa yang sama, Bab al-Hawa, satu-satunya lintasan sempadan yang digunakan untuk menghantar bantuan dari Turki ke Syria yang dilanda konflik telah menyaksikan operasinya terganggu oleh gempa bumi.

Malah sebelum gegaran, PBB telah berulang kali menekankan keperluan untuk membuka lebih banyak lintasan sempadan bagi memudahkan mendapatkan bantuan.-AFP


(Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk)

Media Baharu