fb fb fb fb fb

Anggota pengaman PBB maut, serangan helikopter di DR Congo

KINSHASA, 6 Februari- Seorang anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dari Afrika Selatan terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan helikopter yang di naiki mereka di timur Republik Demokratik Congo, pada Ahad.

Pesawat itu diserang semasa penerbangan ke Goma, ibu kota wilayah wilayah Nord-Kivu, lokasi ia sepatutnya mendarat, kata jurucakap kepada AFP.

Punca kebakaran yang menimpa helikopter itu belum diketahui dan lokasi tepat masih belum ditentukan, kata jurucakap misi PBB di DRC (MONUSCO), Amadou Ba.

Tentera Afrika Selatan turut mengesahkan kejadian itu.

"Sebuah helikopter Oryx diserang di Goma, Republik Demokratik Congo pada Ahad 5 Februari 2023," kata Pasukan Pertahanan Kebangsaan Afrika Selatan (SANDF) dalam satu kenyataan.

"Seorang maut ditembak, manakala seorang lagi cedera tetapi berjaya menerbangkan helikopter dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Goma.

"SANDF sedang dalam proses memaklumkan kepada ahli keluarga tentang yang terlibat dalam kejadian malang itu," katanya.

Sementara itu, Ketua MONUSCO, Bintou Keita mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut itu ke atas pesawat yang mempunyai lambang PBB, sambil menambah bahawa serangan terhadap pasukan pengaman boleh menjadi jenayah perang.

(Bintou Keita/Foto fail AFP)

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa pihak berkuasa Congo menyiasat serangan keji itu dan segera membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan", kata jurucakapnya Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.-AFP

Media Baharu