fb fb fb fb fb

Anggota bomba dalang kebakaran besar di Vina del Mar

FOTO HIASAN

SANTIAGO, 25 Mei- Seorang anggota bomba ditahan pada Jumaat kerana disyaki mencetuskan kebakaran yang mengorbankan 137 orang di bandar peranginan Vina del Mar, Februari lalu.

“Waran tangkap dikeluarkan hari ini terhadap individu yang memulakan kebakaran pada Februari di wilayah Valparaiso,Vina del Mar ” kata pengarah polis, Eduardo Cerna dalam sidang akhbar.

Beberapa kebakaran berlaku serentak pada 2 Februari di sekitar bandar pantai Vina del Mar, 70 batu (110 kilometer) barat laut ibu kota Chile, Santiago.

Kebakaran mara disebabkan oleh angin dan gelombang haba yang menyaksikan suhu sekitar 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit).

Media tempatan melaporkan anggota bomba berusia 22 tahun itu menyertai pasukan berkenaan setahun setengah yang lalu.

"Kami benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku, ia adalah insiden yang sangat terpencil.

"Kami telah berkhidmat dengan Valparaiso selama lebih 170 tahun dan tidak boleh membenarkan perkara seperti itu," kata Vicente Maggiolo, Komander Kompeni Bomba ke-13 di bandar Valparaiso.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE