fb fb fb fb fb

Sekolah di Lahore terpaksa ditutup sementara kerana cuaca panas

FOTO REUTERS

LAHORE, 25 Mei - Wilayah Punjab di Pakistan membuat keputusan untuk menutup sekolah pada minggu depan ekoran cuaca panas melampau di wilayah itu.

Bagaimanapun pelajar yang akan menduduki peperiksaan dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Salah satu sekolah di wilayah itu, iaitu Sekolah Arqam terpaksa menukar waktu persekolahan dengan membenarkan pelajarnya masuk lebih awal waktu dan pulang awal bagi mengelakkan cuaca panas pada tengah hari.

Sekolah itu turut menyediakan kipas untuk keselesaan pelajarnya.

"Seperti yang anda tahu, terdapat gelombang panas yang teruk di negara hari ini, dan kerajaan telah mengeluarkan amaran supaya pelajar sekolah perlu diberi cuti. Tetapi jika peperiksaan masih berlangsung di mana-mana sekolah, mereka boleh meneruskan tetapi dengan langkah berjaga-jaga," kata Pengetua Sekolah Arqam, Falak Naz.

"Waktu persekolahan telah diubah. Masa kini adalah dari 7:00 pagi hingga 9:30 pagi untuk melindungi kanak-kanak daripada panas. Mujurlah, ini adalah minggu terakhir selepas hujung minggu ini, percutian musim panas bermula," katanya lagi.

Suhu di Lahore mencecah 40 darjah celcius pada waktu siang dan dijangkakan ia akan meningkat minggu depan. - REUTERS

TETITIA YUSOFF