fb fb fb fb fb

Anggota bomba berusaha kawal kebakaran besar di Turkiye

TURKIYE, 23 Ogos - Anggota bomba pada Rabu bertungkus lumus memadam kebakara hutan, di wilayah Canakkale di sini, ketika api sedang marak akibat suhu tinggi dan angin kencang.

Video yang dirakam pada Selasa, menunjukkan orang ramai menyaksikan helikopter menyimbah air bagi proses mengawal dan memadam kebakaran.

Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya berkata, "helikopter dan kenderaan darat beroperasi sepanjang malam dan lebih 1,200 orang dari sembilan kampung telah dipindahkan ke kawasan selamat, dengan 48 orang memerlukan rawatan perubatan." - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu