fb fb fb fb fb

Hong Kong perinci larangan sebahagian makanan laut Jepun

HONG KONG, 23 Ogos - Hong Kong menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau dan mengkaji semula larangan import ke atas beberapa makanan laut Jepun, berikutan pelepasan air radioaktif terawat dari loji nuklear Fukushima ke laut.

Pada Khamis, Jepun akan mula pelepasan lebih sejuta tan air dari loji di utara Tokyo, dengan menyatakan ia selamat untuk berbuat demikian.

Pada 2011 loji nuklear Fukushima musnah dalam kejadian tsunami.

Larangan import Hong Kong akan berkuat kuasa mulai Khamis.

Ia meliputi produk laut yang diimport dari wilayah Jepun Tokyo, Fukushima, Chiba, Tochigi, Ibaraki, Gunma, Miyagi, Niigata, Nagano dan Saitama.

Hong Kong merupakan pasaran kedua terbesar Jepun, selepas tanah besar China dalam pengesportan pertanian dan perikanan. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu