YÊN BÌNH, 12 Mac- Seekor anak anjing di Vietnam dilahirkan dengan lima kaki di daerah sini baru-baru ini, menjadikannya satu kes yang jarang berlaku.
Pemiliknya memaklumkan anjing berusia tiga bulan itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi kesihatan serius.
Bagaimanapun kaki tambahan yang tumbuh di bahagian hadapan tersebut menyebabkan ia mengalami kesukaran untuk berjalan seperti anjing biasa.
Fenomena kelahiran luar biasa itu telah menarik perhatian warganet selepas pemiliknya memuat naik video haiwan peliharaannya di media sosial. -Reuters