WASHINGTON, 22 Mac-Amerika Syarikat mengumumkan pada Jumaat bahawa ia akan menamatkan status sah ratusan ribu pendatang.
Ini sekali gus memberikan mereka hanya beberapa minggu untuk meninggalkan negara itu.
Presiden Donald Trump berikrar untuk melaksanakan kempen pengusiran terbesar dalam sejarah AS dan mengetatkan kawalan ke atas imigresen, terutamanya dari Amerika Latin.
Perintah berkenaan memberi kesan kepada kira-kira 532,000 pendatang dari Cuba, Haiti, Nicaragua, dan Venezuela yang memasuki Amerika Syarikat melalui program yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Joe Biden pada Oktober 2022 dan diperluaskan pada Januari tahun berikutnya.
Mereka akan kehilangan perlindungan sah 30 hari selepas perintah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri diterbitkan dalam Federal Register, yang dijadualkan pada Selasa.
Ini bermakna pendatang yang disokong oleh program tersebut "mesti meninggalkan Amerika Syarikat" sebelum 24 April, kecuali mereka memperoleh status imigresen lain yang membolehkan mereka kekal, menurut perintah itu.
Sementara itu, salah sebuah Organisasi Welcome.US, yang menyokong individu mencari perlindungan di Amerika Syarikat, menggesa mereka yang terjejas supaya segera mendapatkan nasihat daripada peguam imigresen.
Minggu lalu, Trump menggunakan undang-undang perang yang jarang digunakan untuk menghantar lebih daripada 200 ahli kumpulan Venezuela ke El Salvador, yang menawarkan untuk pemenjaraan pendatang dan juga rakyat AS dengan kos yang lebih rendah.-AFP.