fb fb fb fb fb

Amerika Syarikat mahu sekatan lebih keras terhadap Korea Utara

(Duta Besar Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas-Greenfield/AFP)

WASHINGTON, 26 Mac - Amerika Syarikat menggesa sekatan antarabangsa yang lebih keras dikenakan terhadap Korea Utara.

Ia selepas Pyongyang melakukan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), baru-baru ini.

Washington mendakwa tindakan tersebut satu provokasi yang semakin berbahaya.

(FOTO AFP)

Semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam, Duta Besar Amerika ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menyeru semua negara anggota melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan yang diterima pakai pada Disember 2017.

"Pyongyang membuat 'provokasi yang semakin berbahaya' selepas ia menguji peluru berpandu balistik antara benua terbesarnya.

"Amerika Syarikat menyeru semua negara anggota untuk melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan sedia ada," katanya.-AFP

Media Baharu