FOTO REUTERS
MARSEILLE, 26 Mac- Seramai 128 migran yang cuba memasuki Eropah, diselamatkan kapal mencari dan menyelamat.
Namun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan misi berkenaan menjelaskan dua daripada migran yang menaiki bot sesak itu sudah meninggal dunia, pada Jumaat.
SOS Mediterranee menerusi ciapannya di Twitter berkata, operasi selama lima jam itu dibuat dalam keadaan cuaca semakin berbahaya dan pasukan penyelamat Ocean Viking menyelamatkan 128 lelaki, wanita dan kanak-kanak.
"Malangnya, dua orang ditemui maut di atas bot getah sesak itu. Hanya satu mayat berjaya diselamatkan ekoran keadaan cuaca melampau," katanya.
Afrika utara kawasan utama migran, terutama dari negara Afrika yang dilanda perang dan kemiskinan, menyebabkan mereka terdesak untuk ke Eropah.
Ramai ditemui lemas dalam percubaan itu, menjadikan pusat Mediterranean sebagai laluan penghijrahan paling berbahaya di dunia.
Sementara itu, Pertubuhan Migrasi Antarabangsa berkata, kira-kira 2,000 migran hilang atau disahkan lemas di Mediterranean tahun lalu, meningkat daripada 1,401 pada 2020.
Katanya, lebih 23,500 migran hilang di Mediterranean sejak 2014, kebanyakannya di tengah laut. - AFP
FOTO REUTERS