fb fb fb fb fb

American Samoa isytihar darurat, ekoran penularan campak

(FOTO HIASAN)

PAGO PAGO, 26 April- Wilayah Pasifik AS, American Samoa telah mengisytiharkan darurat campak, menyebabkan jiran pulau terdekatnya mengumumkan sekatan perjalanan pada Rabu.

Selepas satu kes disahkan dan 31 kes berkemungkinan jangkitan virus, gabenor American Samoa Lemanu Mauga mengisytiharkan darurat kesihatan awam, menyatakan kebimbangan terhadap wabak wabak yang berpotensi membawa maut itu.

American Samoa mempunyai populasi kira-kira 50,000 orang, termasuk kontinjen yang cukup besar anggota tentera AS.

Kes yang disyaki termasuk kanak-kanak yang telah dimasukkan ke hospital, tetapi berumur di bawah enam bulan dan tidak layak untuk vaksin, kata kerajaan.

Scott Anesi, pakar epidemiologi di Jabatan Kesihatan, memberitahu AFP hari ini bahawa ia kini sedang menunggu untuk mendapatkan keputusan kes yang disyaki dari makmal di Hawaii berdekatan.

Anesi berkata tumpuan adalah untuk mendapatkan seramai mungkin orang diberi vaksin.

Kerajaan berkata kadar vaksinasi semasa di American Samoa masih tidak mencukupi untuk mencegah penyakit itu daripada merebak.

Semua sekolah dan kemudahan taska telah diarah tutup selama tiga minggu.

Kerajaan negara jiran, Samoa dalam pada itu berkata mulai Isnin, pelancong yang tiba dari American Samoa mesti menunjukkan bukti vaksinasi campak.

Orang dewasa yang menemani kanak-kanak di bawah umur dua tahun mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu dos vaksin, tambahnya.

Pada 2019, Samoa telah melakukan perintha berkurung selama dua hari bertujuan untuk membendung wabak campak yang berleluasa selama sebulan yang telah membunuh sekurang-kurangnya 81 orang termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak.

Perkhidmatan kerajaan yang tidak penting dan feri antara pulau ditutup, dan penduduk diletakkan bawah perintah berkurung dari subuh hingga senja dan mereka yang tidak diberi imunisasi diberitahu untuk meletakkan bendera merah di rumah mereka.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, campak adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Jangkitan virus yang sangat menular telah membunuh berjuta-juta orang setiap tahun sebelum vaksinasi meluas.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu