fb fb fb fb fb

Wanita Thailand didakwa bunuh sembilan orang dengan racun

(Foto Royal Thai Police)

BANGKOK, 26 April-Polis Thailand menahan seorang isteri pegawai tertinggi kerajaan disyaki melakukan pembunuhan terhadap sembilan orang dengan meracun kesemua mangsa dengan sianida pada Rabu

Wanita berusia 30an ditahan di sini pada Selasa kerana membunuh yang membawa kepada hukuman penjara selama beberapa tahun.

Menurut jurucakap Polis Diraja Thai, Archayon Kraithong yang memberitahu AFP, penyiasat percaya wang merupakan motif yang membawa kepada pembunuhan tersebut.

Timbalan Ketua polis Thailand, Surachate Hakparn berkata mangsa ke-10 pula terselamat selepas mengalami muntah-muntah.

"Suspek telah makan malam bersama wanita tersebut (tertuduh) sebelum diracuni. Namun mangsa terselamat dan dia juga merupakan isteri seorang pegawai polis", kata Surachate kepada wartawan.

Pihak polis berkata tertuduh (wanita) telah menafikan segala tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Autopsi mendapati terdapat racun Sianida di dalam tubuh para mangsa.

"Jadi ini bermaksud mangsa mengambil racun tersebut melalui mulut", kata Surachate lagi.

Media tempatan melaporkan mangsa rebah di hadapan bank berdekatan Sungai Mae Klong selepas melepaskan ikan, iaitu salah satu sebahagian upacara suci Buddha.

Selepas proses soal siasat tertuduh dilakukan polis, penyiasat mengaitkan wanita itu dengan kes-kes keracunan Sianida yang berlaku di daerah Kanchanaburi dan Nakhon Pathom.-AFP


(Foto FB Royal Thai Police)

 

Media Baharu