fb fb fb fb fb

Alunan selawat di Masjid Al-Aqsa sempena Maulidur Rasul

Jemaah lelaki Palestin berselawat dan berzikir di Masjid Al-Aqsa sempena sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW/Foto AFP

BAITULMAQDIS, 4 September - Ribuan umat Islam menunaikan solat di perkarangan Masjid Al-Aqsa sempena sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW.

Suasana di kawasan masjid ketiga paling suci umat Islam itu dipenuhi dengan alunan selawat dan zikir daripada jemaah yang hadir.

Umat Islam di seluruh dunia meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada tanggal 12 Rabiulawal dengan pelbagai aktiviti yang mengagungkan Rasulullah.

Perayaan diadakan sebagai tanda kecintaan, penghormatan dan mengenang perjuangan Baginda dalam menyebarkan ajaran Islam.

Maulid Nabi menjadi antara perayaan penting bagi umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN