fb fb fb fb fb

28 penduduk Palestin terbunuh serangan Israel

Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian penduduk Palestin yang terbunuh akibat tembakan Israel/Foto REUTERS

GAZA, 4 September – Sekurang-kurangnya 28 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza City.

Suasana pilu turut menyelubungi Hospital al-Shifa apabila waris mangsa berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga yang terkorban.

Sehari sebelumnya, 70 penduduk termasuk 16 individu yang sedang mendapatkan bantuan maut ditembak tentera Israel di utara dan selatan Gaza.

Penduduk melaporkan kawasan Zeitoun, Sabra dan Shejaia dibom melalui serangan darat dan udara.

Manakala kereta kebal Israel memasuki daerah Sheikh Radwan di barat laut bandar itu, memusnahkan rumah serta mencetuskan kebakaran di khemah pelarian.

Tentera Israel setakat ini menyatakan operasi mereka tertumpu di pinggir Gaza City bagi memusnahkan terowong Hamas dan mencari senjata.

Lebih 63,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban sejak Oktober 2023.

Serangan Israel mengorbankan kebanyakannya orang awam, manakala seluruh bandar Gaza musnah teruk akibat serangan berterusan Israel - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN