TOKYO, 15 Disember- Aktiviti kilang di Jepun menyusut untuk bulan ketujuh berturut-turut pada Disember manakala sektor perkhidmatan pula mencatatkan keuntungan sederhana, tinjauan perniagaan menunjukkan pada Jumaat.
Ia berikutan permintaan yang lemah dan tekanan harga menyekat pertumbuhan.
Indeks pengurus pembelian (PMI) perkilangan au Jibun Bank mengecut kepada 47.7 pada Disember daripada 48.3 pada November.
Ia merupakan kemerosotan terpantas dalam 10 bulan dalam indeks, namun masih kekal berada bawah ambang 50.0 yang memisahkan penguncupan selama tujuh bulan berturut-turut.
"Prestasi keseluruhan sektor swasta kekal lemah," kata Annabel Fiddes, Pengarah Bersekutu Ekonomi di S&P Global Market Intelligence.
Tinjauan itu menunjukkan penurunan mendadak dalam dalam sektor pembuatan, yang membawa kepada pengurangan dalam sektor pengeluaran kilang, manakala guna tenaga dalam sektor itu tidak berubah.
Kos input meningkat pada kadar terpantas dalam tiga bulan apabila mata wang yen lebih lemah ia bertentangan dengan kos buruh dan bahan mentah yang lebih tinggi. Ia sekali gus meningkatkan perbelanjaan, manakala caj pengeluaran berkurangan.
"Sementara itu, keyakinan perniagaan menjadi lemah apabila menilai unjuran keluaran, didorong oleh unjuran kurang yakin dalam sektor perkhidmatan," katanya.
PMI perkhidmatan au Jibun Bank berkembang kepada 52.0 pada Disember berbanding 50.8 pada November, ia menunjukkan kenaikan terpantas dalam tempoh tiga bulan. Tetapi kadar pertumbuhan kekal lemah berbanding awal tahun ini.
PMI komposit au Jibun Bank Flash Japan menggabungkan kedua-dua aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan, berkembang sedikit kepada 50.4 pada Disember berbanding 49.6 pada November.- REUTERS