fb fb fb fb fb

Godam telefon, Harry tunggu keputusan mahkamah

Putera Harry/REUTERS

LONDON, 15 Disember- Putera Harry akan mengetahui sama ada beliau memenangi samannya terhadap penerbit akhbar atas dakwaan penggodaman telefon dan tindakan menyalahi undang-undang lain.

Ia merupakan keputusan terbesar dalam kes saman terhadap akhbar tabloid Britain.

Putera raja itu memberikan keterangan di mahkamah apabila dia hadir sebagai saksi pada perbicaraan Jun lalu. Ia bagi kes saman MGN, penerbit Daily Mirror, Sunday Mirror dan Sunday People.

Harry dan kira-kira 100 penuntut lain termasuk pelakon, bintang sukan, selebriti dan orang yang hanya mempunyai kaitan dengan tokoh berprofil tinggi - mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan penggodaman telefon dan pengumpulan maklumat yang menyalahi undang-undang antara 1991 dan 2011.

Mereka mengatakan editor kanan dan eksekutif di MGN mengetahui dan meluluskan kesalahan itu. MGN, yang dimiliki oleh Reach, berkata tuduhan mereka tidak disokong oleh bukti.

Hakim Timothy Fancourt akan menyampaikan keputusannya di Mahkamah Tinggi London pada pukul 10.30 waktu tempatan.

Harry, merupakan salah satu daripada empat kes untuk perbicaraan. Selama dua hari memberikan keterangan, beliau berkata "Saya sering dijadikan bahan oleh MGN selama 15 tahun bermula pada 1996, dan sedang menuntut ganti rugi kira-kira 440,000 paun ($550,000)."

"Saya merasakan sedikit ketidakadilan," katanya ketika ditanya berkenaan perasaannya sekiranya mahkamah membuat kesimpulan beliau tidak menjadi mangsa penggodaman telefon.

Walaupun penerbit itu mengakui bahawa Harry pernah menjadi mangsa pengumpulan maklumat yang menyalahi undang-undang, namun Harry berhak mendapat ganti rugi tidak lebih daripada 500 paun, peguamnya berkata tiada bukti bahawa telefon putera itu telah digodam.

Sejak meletak jawatan daripada tugas diraja pada 2020 dan berpindah ke California bersama isterinya Meghan, menjadikan misinya untuk menyingkirkan akhbar British daripada mereka yang dia tuduh sebagai "penjenayah yang menyamar sebagai wartawan", terutamanya eksekutif kanan dan editor.

Harry mendapat hak untuk perbicaraan kes penggodaman telefon yang sama terhadap Associated Newspapers, penerbit Daily Mail and Mail pada Ahad.

Tetapi awal minggu ini, dia kalah dalam bidaan untuk memenangi tuntutan libel terhadap penerbit sama tanpa memerlukan perbicaraan, dengan kos dalam yuran guaman sekurang-kurangnya 50,000 paun.

Ia berkaitan dakwaan kelakuannya menyalahi undang-undang oleh News Corp's News Group Newspaper. Penerbit The Sun, juga akan dibicarakan, tetapi hakim menolak tawarannya untuk dipertimbangkan dakwaan penggodaman telefon.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI