fb fb fb fb fb

Aktivis Tibet ditahan protes Wang Yi di New Delhi

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Tibet dan mengangkat plakad yang menuntut penamatan dasar "Satu China"/Foto AFP

NEW DELHI, 18 Ogos – Beberapa aktivis Tibet ditahan polis India selepas mengadakan protes berhampiran Kedutaan China di New Delhi bersempena lawatan Menteri Luar China, Wang Yi, ke negara itu.

Protes itu berlangsung bagi membantah pertemuan rasmi Wang bersama pegawai tertinggi India. Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Tibet dan mengangkat plakad yang menuntut penamatan dasar "Satu China".

Menurut laporan REUTERS, pihak polis menggiring para penunjuk perasaan ke dalam kenderaan khas, termasuk seorang aktivis wanita yang cuba melawan ketika ditahan.

Tindakan tegas pihak berkuasa itu berlaku di tengah-tengah lawatan diplomatik penting, di mana China dan India dilaporkan sedang berusaha memperbaiki hubungan dua hala mereka selepas ketegangan beberapa tahun lalu, terutamanya berkaitan isu sempadan.

Aktivis Tibet di India kerap menggunakan lawatan pegawai tinggi China sebagai peluang untuk menyuarakan bantahan terhadap dasar Beijing di wilayah autonomi Tibet. Mereka menuntut lebih banyak kebebasan politik dan budaya, serta menolak dakwaan kedaulatan penuh China ke atas wilayah tersebut.

Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan tersebut.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI