MADRID, 6 Oktober – Sebahagian aktivis Sepanyol yang ditahan tentera Israel selepas menyertai misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, selamat tiba di Lapangan Terbang Madrid pada Ahad selepas berlepas dari Tel Aviv.
Ketibaan mereka disambut dengan sorakan dan pelukan oleh penyokong serta ahli keluarga.
Seramai 29 lagi aktivis yang ditahan minggu lalu telah dihantar pulang pada Ahad.
Setakat ini, Israel telah menghantar pulang sekurang-kurangnya 170 daripada lebih 450 aktivis yang ditahan.
Israel turut berdepan tuduhan salah laku termasuk dakwaan segelintir aktivis yang dinafikan akses kepada peguam. -REUTERS