fb fb fb fb fb

Aktivis dunia sertai Flotila ke Gaza

Misi dari Barcelona disertai puluhan aktivis, bakal ditambah kapal dari Greece, Itali dan Tunisia.

BARCELONA, 1 September - Kapal yang membawa aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg, bersama puluhan aktivis lain berlepas dari Barcelona semalam dalam misi Global Sumud Flotilla menuju ke Gaza.

Misi itu bertujuan mencabar sekatan laut israel yang dikenakan sejak 2007. Thunberg sebelum ini cuba belayar ke Gaza pada Jun lalu, namun kapalnya dirampas tentera laut israel sebelum beliau diusir keluar.

Israel mendakwa sekatan perlu dilaksanakan bagi menghalang penyeludupan senjata kepada Hamas, dan menyifatkan cubaan Flotilla terdahulu sebagai propaganda menyokong kumpulan itu.

Sebaliknya, penganjur Flotilla menuduh pemimpin dunia gagal menekan israel supaya membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan, terutama selepas laporan pemantau global mendedahkan sebahagian Gaza kini berdepan kebuluran.

Menurut ahli jawatankuasa penganjur, Yasemin Acar, Flotilla akan disertai lebih banyak kapal dari Greece, Itali dan Tunisia.

TUN JULIA MOHD TAHIR